Selasa, 17 Disember 2013

LATAR BELAKANG PENUBUHAN POLITEKNIK MALAYSIA




Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) bertujuan melahirkan
para lulusan di peringkat separa profesional dalam bidang  kejuruteraan, perdagangan,
hospitaliti,  ICT dan perkhidmatan serta menyediakan laluan alternatif ke pendidikan
tinggi, iaitu ke IPTA ataupun IPTS untuk pelajar lepasan menengah iaitu Sijil Pelajaran
Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) serta lulusan politeknik dan kolej
komuniti. Pada sesi Julai 2006, terdapat seramai 35,216 pelajar yang mengikuti program
di peringkat sijil dan 44,566 pelajar yang mengikuti program di peringkat diploma.
Politeknik KPTM mula diperkenalkan pada 1969 melalui Rancangan Colombo
dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik  Ungku Omar, Ipoh. Pendidikan
politeknik telah dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi dengan perakuan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan (1979), Jawatankuasa Kabinet
Mengenai Latihan (1991) dan Pelan Induk Perindustrian Negara (1985-1995)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan